Monday, 28 May 2012

Air mata menitis ketika mendengar ceramah Ustaz Don Daniyal (Anak Asset ke Syurga atau Neraka)

 

Ceramah yang cukup menyayat hati....
Sama-samalah kita SHARE ini Video untuk tatapan umum...

Karnival CESMED-UKM



Menjelang 28-30 Mei 2012, akan berlansungnya Karnival Keusahawanan & Inovasi di UKM.
Anjuran sepenuhnya oleh CESMED-UKM dan dikelolakan oleh UsahaNiaga Senior.
Pelbagai pertandingan dan aktiviti-aktiviti menarik akan dijalankan bagi mengetengahkan 
usahawan sebagai satu kerjaya pilihan kepada semua pelajar UKM.

Tahukah kamu??


TAHUKAH KAMU.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..

tahukah maksudnya??

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Sebarkan dengan menekan perkataan "SHARE" Kepada rakan rakan yang lain.:) Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t
INSYAALLAH :)

Wednesday, 23 May 2012

Azab meninggalkan Solat Fardu


Buat renungan kita bersama, barang siapa yang meninggalkan solat fardu, seksanya umpama..

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

Saturday, 19 May 2012

Kalimah yang selalu kita gunakan,, ^^

Innalillahiwainnailairojiu'n ▬ ► Aku diuji lagi YA ALLAH,

Subhanallah ▬ ► UJIAN apa yang KAU berikan ini,

MasyaALLAH ▬ ► mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi,

Astaghfirullahaa'zim ▬ ► Maafkan aku Ya Allah aku pertikaikan KEKUASAANMU,

Allahhuakhbar ▬ ► kuatkan HATI nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai REDHAMU,

Alhamdulillah ▬ ► ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIAN.

Wednesday, 2 May 2012

Jarak Antara dua Hati


Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”

“Tapi…” guru bertanya kembali

“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?

Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.

Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.