Muhasabah Diri
Aku menulis bukan kerana nama,tapi aku
menulis kerana ALLAH.Aku ingin mengajak semua sahabat-sahabat kembali
mencari jalan yang diredhai ALLAH.Aku berpegang pada sebuah hadis
Rasululullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam iaitu:
“Sampaikan walaupun satu ayat”.
Bila aku menulis perkara berkaitan
agama,bukanlah bermakna aku ni seorang yang alim.Aku insan biasa aje,aku
bukan dari sekolah agama tapi aku sekolah harian biasa.Aku juga serba
kekurangan,masih mencari sinar cahaya bagi menerangi hatiku yang semakin
malap dan kabur ini.Aku tak nak biarkan hati ini dari terus berada
dalam kegelapan.
Maaflah,andai ada tulisan-tulisanku yang
terkesan di hati sanubari sahabat-sahabat.Bukan niatku berbuat
begitu,tapi pengalaman banyak mengajarku erti sesuatu.ALLAH anugerahi
aku akal untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.DIA juga
anugerahi aku mata untuk melihat sesuatu yang terjadi.Aku juga di
anugerahi telinga olehNYA untuk mendengar.Apa yang ada pada diriku
semuanya anugerah dariNYA.
Aku guna anugerah dariNYA untuk melakukan
sesuatu yang berfaedah.Aku berjanji pada diriku sendiri,aku takkan
sia-siakan anugerah dariNYA.Melalui tulisan-tulisanku juga ,terlebih
dahulu aku tujukan buat diriku sendiri.Aku juga kembali bermuhasabah
diri siapa aku yang sebenarnya.Aku hanya seorang insan yang serba
kekurangan,menumpang buat sementara di bumi milikNYA.

No comments:
Post a Comment